, expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, July 29, 2015

Teknik “Cakar Harimau” yang ISTERI perlu tahu!!!


Bila sebut pasal “Cakar Harimau” nie, ramai la yang tersipu-sipu malu terutama sekali kaum wanita la. Sebab ape? Emm..Sebab diorang yang akan buat kat suami masing-masing (takkan kat suami orang plak ye tak?). Kalau si suami nak buat kat Isteri pun no problem…boleh jek…
Untuk yang belum kahwin tu, baca jek dulu eh nanti bila dah nikah boleh lah praktis masa malam pertama. Ok, kita mulakan..
TEKNIK URUT CAKAR HARIMAU – Ustazah Siti Nor Bahyah
Sangat bagus di praktikkan suami isteri untuk saling menjaga kesihatan badan dan berkasih sayang..
Langkah Pertama
Dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayangmemandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.
Langkah Kedua
Mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan seterusnya
Langkah Ketiga
Dengan membuat `jemput-jemput’ pada bahagian tulang belikat.
Langkah Keempat & Langkah Kelima
Merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau’ – menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.
Cakaran
Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang,” jelasnya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Langkah Keenam
Dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.
Langkah Ketujuh
Sebenarnya merupakan satu `bonus’ tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.
Langkah Kelapan
Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu’ atau dalam bahasa Hindi `me tum fe Piar kar pi hu,” katanya.

No comments:

Post a Comment